Kembara Bahasa Print
Written by Nirmala   
Wednesday, 15 May 2013 08:00

Pada 27hb April yang lepas satu program Kembara Bahasa telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu bertempat di Country Height Resorts, Kajang. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan lagi pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan calon-calon SPM sekolah.

Antara aktiviti utama yang telah dijalankan adalah :-

1. Program motivasi - Memupuk semangat dan jati diri dalam kalangan pelajar.

2. Gelanggang Tuk Wah (Treasure Hunt) - meningkatkan kecekapan menjawab Bahasa Melayu, Kertas 2.

3. Teknik menjawab Bahasa Melayu, Kertas 1.

Seramai 63 orang pelajar Tingkatan 5 berserta dengan guru-guru Bahasa Melayu sekolah telah menjayakan perjalanan Program Kembara Bahasa ini dengan jayanya.