Latar Belakang Print
Written by Administrator   
Monday, 15 October 2012 19:58

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2  (SMKBTHO2) merupakan salah sebuah sekolah menengah yang terdapat dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Sekolah ini terletak di Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor  iaitu lebih kurang 14.0 km dari Pekan Kajang dan 13.0 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat (PPDHL).  Sekolah ini juga terletak di Cheras Selatan, di dalam subwilayah Balakong. Luas kawasan sekolah ini adalah 13.75 ekar  dan  dikelilingi oleh beberapa kawasan perumahan iaitu Taman Suadamai, Taman Suasana, Taman Suakasih, Taman Seri Taming, Taman Minang Ria  dan Taman Seri Minang.  

Sekolah ini telah mula beroperasi pada 16 Disember 2003.  Walau bagaimanapun, sesi pertamanya atau operasi sepenuhnya secara rasmi dijalankan pada 2 Januari 2004. Mengikut perancangan awal, sekolah ini sepatutnya dibuka pada bulan Jun 2003.  Oleh sebab atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, operasi sekolah ini   telah ditangguhkan pada Januari 2004. Bermula pada tahun 2006, sekolah ini telah dibahagikan kepada 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir pada 1.05 petang dan sesi petang yang bermula pada jam 1.05 petang sehingga 6.30 petang.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini telah diterajui oleh tiga orang guru Penolong Kanan yang telah bertindak sebagai ‘caretaker’ iaitu Puan Rozita bt. Ahmad (Penolong Kanan), Puan Zainariah bt. Ahmad Yusop (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan Encik Mohd Ridzuan b. Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum). Mereka telah menguruskan segala urusan penerimaan peralatan sekolah dan pendaftaran guru-guru yang akan bertugas di sekolah  ini.  Sekolah ini kemudiannya telah ditadbir oleh seorang pengetua yang berpengalaman iaitu Datin Azmah bt. Abdul Aziz (pengetua pertama) yang dilantik pada 1 Januari 2004.  Datin Azmah bt. Abdul Aziz telah bersara pada Disember 2007 dan tempat beliau diambil alih oleh Puan Sri Datin Mazlilah bt. Ahmad Mansur (Pengetua Cemerlang) sebagai pengetua kedua.

Pada peringkat awal, sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan iaitu blok A, B, C dan D dengan 31 orang guru, 3 orang kakitangan dan 520 orang murid. Pertambahan murid yang berterusan menyebabkan sekolah akhirnya mengalami kekurangan bilik darjah. Natijahnya, sekolah telah mendapat dua buah bangunan berbentuk kabin pada tahun 2008 dan 2 blok bangunan baru (blok Sarjana) untuk tingkatan enam telah dibina pada tahun 2010. Kini, sekolah dilengkapi dengan prasarana yang merangkumi:

Blok A (Wawasan)

-       Pejabat Pentadbiran.

-       Bilik Guru.

-       Bilik Peperiksaan.

-       Bilik Disiplin.

-       Surau.

-       Bilik darjah.

 

Blok B (Cemerlang)

-       Bilik Komputer Al-Biruni dan Al-Farabi

-       Bilik Kaunseling.

-       Koperasi.

-       Perpustakaan.

-       Bilik APD.

-       Bilik Rawatan/ Kesihatan.

-       Bilik darjah.

-       Bilik Matematik.

-       Bilik Warisan (Sejarah dan Geografi).

-       Bilik pengawas.

-       Bilik Sukan.

Bilik Majalah.

 

Blok C (Terbilang)

-       Makmal Kemahiran Hidup.

-       Stor Sukan.

-       Bilik Persalinan.

-       Makmal Komputer Al-Khawarizmi

-       Bilik Bahasa.

-       Dewan Serba Guna.

-       Bilik SPBT.

Bilik darjah.

 

Blok D (Gemilang)

-       Makmal Sains.

-       Studio Seni.

-       Bilik Persalinan.

Kedai Buku.

Bilik darjah.

 

Blok Sarjana

Bilik Mesyuarat.

Dewan Sarjana.

Bilik Guru.

Makmal Sains.

Makmal Komputer Al-Khindi

Bilik Kuliah.

Bilik darjah.

 

 

Setelah mengalami pembangunan, SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 kini mempunyai 6 blok bangunan 3 tingkat dan 2 buah bangunan yang berbentuk kabin. Terdapat juga kemudahan seperti iTV (info-TV), kemudahan rangkaian berwayar dan wayarles di seluruh kawasan sekolah. Kemudahan lain adalah kantin, padang, gelanggang badminton, dan gelanggang takraw.

 

SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 mempunyai prasarana seperti:

 

6 blok bangunan dan 10 siri tangga.

 

Tapak perhimpunan bersertakan pentas.

 

Dataran NILAM.

 

Laluan pejalan kaki berbumbung hingga ke pondok menunggu bas.

 

Astaka, kantin, koperasi, padang, 10 tandas, 2 bilik persalinan.

 

Sebuah pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik mesyuarat, sebuah surau, 2 dewan acara, dan kedai buku.

 

34 bilik darjah, 4 bilik darjah jenis kabin, 6 makmal Sains (1 Biologi, 1 untuk Kimia, 1 untuk Fizik, 3 Untuk Sains), 5 Bengkel Kemahiran Hidup (pertukangan kayu, enjin, kerja paip, menjahit dan memasak)

 

4 Makmal Komputer, Perpustakaan Za'aba, Bilik Bahasa, Studio Seni, Bilik Matematik, Bilik Warisan (khusus untuk pengajian Sejarah dan Geografi)

 

Bilik Disiplin, Bilik Kaunseling (Bilik Perkongsian Rasa), Bilik operasi pengawas, dan Bilik Rawat (bilik Ibnu Sina)

 

 

 

 

Last Updated on Tuesday, 05 March 2013 14:05