Pengawas Sekolah Print
Written by Administrator   
Tuesday, 16 October 2012 01:10

PENTADBIRAN
Lembaga Pengawas Sekolah terdiri daripada 10 hingga 16 ahli jawatankuasa (kiraan ahli berbeza dari tahun ke tahun). Lembaga Pengawas diterajui oleh Ketua Pengawas sebelum tahun 2007, dan kemudiannya diketuai oleh seorang Ketua Pelajar Lelaki dan Ketua Pelajar Perempuan. Bilangan ahli-ahli berbeza-beza setiap tahun kerana mungkin ada lebih daripada satu orang dalam setiap posisi. Terdapat juga Ketua Biro Junior, sekumpulan ahli-ahli tidak rasmi yang terdiri daripada pengawas junior dilatih untuk mengambil alih pentadbiran pengawas pada masa akan datang.

 

AJK Institusi Pengawas ICT:
Ketua Pelajar Lelaki, Ketua Pelajar Perempuan, Ketua Penolong Pengawas, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan 6 Ketua Biro.

 

Biro Lembaga Pengawas:
Biro Penguatkuasaan Disiplin, Biro Pengurusan Perhimpunan, Biro Hal Ehwal Dalaman, Biro Protokol & Acara, Biro Statistik dan Biro Penjagaan Bilik Operasi Pengawas.

 

PROSES PEMILIHAN
Jumlah pengawas adalah kira-kira 120 + setahun, pukul rata 5% bilangan murid sekolah. Pengawas dipilih melalui temu bual oleh Lembaga Pengawas dan diluluskan oleh Penasihat Pemangku, bukannya melalui kaedah meritokrasi. Calon yang lulus temu duga akan dilantik menjadi pengawas percubaan dan akan diuji melebihi sebulan. Pelantikan pengawas sekolah kebiasaannya akan diadakan pada bulan Julai setiap tahun.

 

PAKAIAN SERAGAM
Lelaki: Baju putih berlengan panjang, seluar putih dan blazer merah.
Perempuan: Baju kurung putih, kain merah dan blazer merah.