Pengetua Print
Written by Administrator   
Tuesday, 22 January 2013 16:10

PENGETUA PERTAMA

 

DATIN AZMAH BT ABD AZIZ (2004 – 2007)

 

Datin Azmah merupakan pengetua perintis SMK Bandar Tun Hussein Onn 2. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 2004. Sebagai peneraju pertama di sekolah ini, tugas yang dipikul oleh beliau amat berat dan mencabar. Beliau berusaha dengan gigih membentuk budaya sekolah dengan dibantu oleh para pentadbir, barisan guru dan juga kakitangan sokongan. Berkat sokongan dan gandingan semua warga sekolah ini, beliau berjaya membawa sekolah mengorak langkah ke arah kecemerlangan. Ketika pentadbiran beliau, sekolah berjaya menempa nama di peringkat daerah Hulu Langat ini terutama dalam bidang akademik.

 

Sebagai tanda kasih terhadap sekolah ini, beliau telah membina Laluan Prima yang menghubungkan Bangunan Wawasan dengan Bangunan Cemerlang.

 

PENGETUA KEDUA

 

 

PUAN SRI DATIN MAZLILAH BT AHMAD MANSUR  (2008 hingga kini)

 

Puan Sri Datin Mazlilah bt. Ahmad Mansur merupakan peneraju kedua SMK Bandar Tun Hussein Onn 2. Beliau mula menabur bakti sebagai pengetua di sekolah ini pada 25 Mac 2008. Beliau banyak meneruskan gagasan yang dilaksanakan oleh mantan pengetua.   Pembangunan sekolah semakin terserlah dengan penambahan prasarana secara menyeluruh untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Bangunan baru, peluasan kantin, koperasi sekolah, pentas perhimpunan dan dataran NILAM dibina demi keselesaan warga sekolah ini.

 

Sesuai dengan pangkat Pengetua Cemerlang, beliau bergandingan dengan barisan pentadbir, guru-guru serta kakitangan sokongan untuk membentuk budaya sekolah ini ke arah sekolah berwatak. Pada ketika ini, SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 terus mengorak langkah ke mercu kegemilangan.

Last Updated on Tuesday, 22 January 2013 16:27