JADUAL GURU PAGI
JADUAL GURU PETANG

Lokasi GPS : 3.054, 101.755




Login Frog VLE

SSDM

i-THINK

VIP KPM

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
Y.B. Dr Maszlee Bin Malek

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN
MALAYSIA

YBhg Datuk Dr Amin Bin Senin

PENGARAH PENDIDIKAN
SELANGOR

YBhg Tuan Hj Mohd Salleh Bin Mohd Kassim, S.I.S.

PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH HULU LANGAT

Tuan Ishak Bin Abdullah

TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH HULU LANGAT

Tuan Musa Bin Ismail

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday127
mod_vvisit_counterYesterday114
mod_vvisit_counterThis week127
mod_vvisit_counterLast week1381
mod_vvisit_counterThis month4826
mod_vvisit_counterLast month6021
mod_vvisit_counterAll days481942

BERITA TERKINI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

Kepada ibubapa, pelajar dan guru-guru, jika anda ada cadangan serta saranan membina, sila emelkan segala aduan anda di emel berikut :

bea4630@btpnsel.edu.my

(Talian khas aduan)

Lencana / Motto PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 15 October 2012 23:50

LENCANA SEKOLAH

 
Logo ini diilhamkan oleh sebuah Syarikat Pecetakan iaitu XZ Print yang membuat khidmat masyarakat dengan merealisasikan idea guru-guru perintis sekolah ini. Syarikat ini beroperasi di alamat Lot 306 G, Kompleks Diamond, Bangi Business Park, Jalan Medan, Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.


Cik Fauziah bt. Zaini yang berusia 28 tahun   merupakan seorang artis grafik yang berkelulusan Sijl Pelajaran Malaysia. Beliau tidak mempunyai sebarang kelulusan formal dalam bidang grafik komputer malahan hanya mula berjinak-jinak dengan bidang ini semasa bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai fotostat. Menurut majikan Cik Fauziah, beliau seorang yang ‘self educated’ kerana beliau mendalami bidang grafik dengan merujuk buku-buku panduan grafik dan mencubanya sendiri. Beliau belajar melalui tugasan yang diberikan oleh majikannya, En. Nazmi bin Mohd Nasir.  

 

MAKNA LENCANA SEKOLAH

 

WARNA

Lencana Sekolah mempunyai tiga warna iaitu biru, merah dan kuning.       

Setiap warna melambangkan harapan sekolah terhadap pelajar-pelajarnya.

 

KUNING – Melambangkan warna kesetiaan kepada raja dan negara yang merupakan sendi utama dalam Rukun Negara.

 

MERAH – Melambangkan semangat juang warga sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

 

BIRU – Melambangkan keamanan dan ketenteraman. Memastikan persekitaran sekolah yang kondusif untuk mendidik pelajar-pelajar dan mendidik pelajar-pelajar cintakan keamanan.

 

REKA BENTUK

 

Simbol 2 bulatan dan nama sekolah terdapat di antara kedua-dua bulatan ini melambangkan proses globalisasi dalam semua bidang yang memerlukan pelajar-pelajar menguasainya.

 

Simbol dua garisan yang berbentuk tangga dan jambatan merupakan lambang lonjakan berganda atau quantum leap kerana Wawasan 2020 merupakan lonjakan berganda yang ingin dicapai negara terutamanya dalam bidang pendidikan.

 

Simbol bunga raya melambangkan semangat cintakan negara yang ingin disemai dalam jiwa semua pelajar.

 

Buku dan Jangka Lukis adalah lambang ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing.

 

Lambang Perisai Bersayap adalah melambangkan ketahanan yang kukuh yang perlu disemai dalam setiap jiwa warga sekolah untuk menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan ini. 

 

 

MOTTO SEKOLAH

Berdisiplin, Berilmu dan Berwawasan.

 

BERDISIPLIN – Setiap pelajar perlu patuh dan taat kepada peraturan kerana ini merupakan satu latihan pemikiran dan kelakuan untuk mengawal diri sendiri.

 

BERILMU – Setiap pelajar perlu mempunyai banyak ilmu dan berpengetahuan serta dapat membezakan yang baik dan yang buruk.

 

BERWAWASAN – Pelajar yang mempunyai visi dan misi akan dapat memberi konsepsi yang positif dalam mencapai kecemerlangan diri dan seterusnya merealisasikan wawasan negara.

 

Last Updated on Tuesday, 22 January 2013 16:48
 

PENTADBIR SMKBTHO2

PENGETUA
Ahmad Ezzat Bin Ismail

PENOLONG KANAN
AKADEMIK

Che Normalis Binti Alias

PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID

Noor Zehan Binti Ahmad

PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM

On Bin Arasad

PENOLONG KANAN
PETANG

Roshedah Binti Ahmad

PENOLONG KANAN
TINGKATAN 6

Suraini Binti Abdol Sukor

GKMP SAINS & MATEMATIK
Norhazlin Binti Mohd Sani

GKMP KEMANUSIAAN
Zalina Binti Sulong

GKMP BAHASA
Kamarudin Bin Jeon

GKMP TEKNIK & VOKASIONAL
Wan Noriza Binti Wan Md Nor


PENYELARAS ICT
Noorman Bin Sa'at

Statistik KPM

ContactSTATISTIK

Bilangan Sekolah
Peringkat Bilangan Sekolah
Rendah 7,746
Menengah 2,355
Jumlah 10,101
Bilangan Murid (Enrolmen)
Peringkat Jumlah
Prasekolah 192,183
Rendah 2,740,992
Menengah 2,285,446
Jumlah 5,218,621
Bilangan Guru
Peringkat Jumlah
Rendah 241,068
Menengah 178,872
Jumlah 419,940
Data EMIS 30 November 2013
Maklumat lanjut sila klik disini